Tuesday, October 12, 2010

RelaTiOnship between Couple

hehe...ku sengaja nk post tentang relationship antara kekasih ini Coz ku tengok remaja zaman sekarang banyak yang terlanjur dalam hubungan mereka. pembuangan bayi ni pun ada juga sangkut pautnya dgn hubungan sepasang kekasih.. kalau bercinta tu, bercinta lah... tapi jangan lah amalkan C-ciuman adalah awalnya, I-insan ialah pelakunya, N-nafsu adalah pendorongnya, T-tempat adalah sarangnya, A-anak adalah hasilnya tu sepenuhnya.... juz ikut C dan I je cukuplah.... jangan lah sampaikan nak buat hubungan seks. tu dah salah di sisi agama.... tiada satu pun agama yang menyuruh kita melakukan hubungan seks sebelum kita disahkan menjadi satu pasangan suami isteri..berdosa tau kalau melanggar semua tu... bukan nye ada faedah pun. seperti yang saya dengar dari cikgu dan kengkawan, kalau dah sekali buat tu, kita akan ketagih untuk melakukannya sekali lagi. bayangkan, jika anda sepasang kekasih yang berjauhan, jarang berjumpa, sudah tentu pasangan anda akan berasa GIAN untuk melakukan hubungan seks. kemungkinan besar, pasangan anda akan mencari teman lain untuk melepaskan GIANnya. jadi saya menyeru kepada semua remaja di dunia ini, kawallah nafsu anda. jangan bertindak mengikut kehendak nafsu anda. buruk padahnya nanti. bayangkan semasa anda melakukan hubungan seks, pasangan anda (wanita) sedang melalui minggu kesuburan, dan anda secara tidak sengaja terlepas BLOW berudu ke dalam kemaluannya, kemungkinan besar pasangan anda akan hamil. jadi, pendek kata, jangan lah anda berfikir hendak membuat pekerjaan seperti ini di masa anda masih dalam jagaan ibu bapa. berpeganglah pada pepatah ini. "simpanlah senjata sulit anda untuk isteri/suami anda". jagalah maruah hidup anda. jadi renungkanlah semua ini ye...

Wednesday, September 29, 2010

Head Hunters

Pada zaman dulu-dulu, Pulau Borneo merupakan antara pulau yang digeruni oleh pedagang-pedagang dari seluruh dunia. Ini kerana, sesiapa yang datang ke kepulauan ini pasti tak semua yang dapat keluar dari kepulauan tersebut serta tidak hairanlah ada di antara pendatang-pendatang tersebut pulang tanpa kepala. Persoalannya, di manakah kepala-kepala tersebut berada?
           Pada zaman sebelum merdeka dulu, kepulauan Borneo ini dikenali sebagai kepulauan yang dihuni oleh pemburu kepala atau dalam Bahasa Inggeris ialah Head Hunters. Kebanyakkan Head Hunters ini ialah orang Iban. Memiliki tengkorak manusia ini melambangkan keberanian di kalangan pahlawan Iban. Setiap pahlawan memiliki pantak Bunga Terung seandainya mereka sudah memiliki tengkorak manusia. Tengkorak tersebut akan digantung di dalam rumah ataupun di anjung. Memiliki tengkorak manusia merupakan lambang kekayaan terhadap keluarga tersebut pada zaman dulu. Keluarga tersebut akan dihormati oleh orang lain kerana status orang yang memiliki tengkorak manusia adalah tinggi.
           Anak gadis pada zaman dulu memilih lelaki yang gagah dan berani. Sebagai hantaran perkahwinan, pihahk lelaki akan menghadiahkan tengkorak kepada pihak wanita mmandangkan tengkorak melambangkan status yang tinggi.
          Begitulah cerita sejarah tentang Head Hunters di kepulauan Borneo. Sekarang zaman moden, semuanya dah berubah, dah jadi 1 Malaysia dah..... Tak der men penggal kepala........

Saturday, September 25, 2010

salam sejahtera semua

halo rakan2 yg membaca ape yg sy taip ni.... korang tau ke khasiat susu soya ataupun taugeh?
haha, mengikut pengetahuan sy lah, soya n taugeh ni bgs untuk menyubur dan menambah bilangan sel terpenting dlam tubuh badan kita. hehe. bg laki n ompuan, khasiat soya ni untuk menyuburkan lg sistem pembiakan @ reproduction kita....... hehe. jdi, fikir2 lah ye... jangan ambik kptsn secara melulu.

C.N.I.C Band

Kumpulan ini ditubuhkan pada 28 Februari 2006. Pada mulanya, nama kumpulan ini ialah D'B-U-T Band.
Nama tersebut tidak mendapat persetujuan daripada ahli kumpulan yang lain lalu nama kumpulan tersebut pun ditukar menjadi C.N.I.C. Maksud nama kumpulan ini ialah, C- kami melihat peredaran zaman dan pembaharuan genre muzik di dunia ini. Dalam bahasa Inggerisnya ialah See. N- bermaksud DAN. I- bermaksud SAYA. C- bermaksud kami akan memuaskan hati para pendengar yang meminati seni industri, dan akan membantu memajukan industri muzik masa kini. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Jude Vergir sebagai pemain gitar utama dan selaku ketua kumpulan, Tadius Lando sebagai pemain gitar bass, Fane Felix sebagai pemain gitar kedua, Elster Jujong sebagai pemain drum, dan Basil Fidelis sebagai penyanyi. Pada awalnya, kumpulan ini telah menyertai pertandingan Battle Of The Band(BOTB) di Tiang Bukap, Padawan. Kumpulan ini membawa sebuah lagu yang bertajuk Pelayaran dari kumpulan May. Persembahan yang dipamerkan agak dingin kerana itu adalah pengalaman pertama mereka menyertai pertandingan BOTB. Akan tetapi, dari segi muzik, kami telah mempamerkan hasil muzik yang boleh dikatakan 90% sempurna. Memandangkan pada masa itu kami baru sahaja berusia 14 tahun. Apabila pengumuman telah dilakukan, kami tidak mendengar apa nama kumpulan kami telah disebut ekoran pada petang itu hujan turun dengan lebat. Oleh itu, segalanya berakhir begitu sahaja. kami tidak berputus asa untuk terus ke hadapan dalam menceburi bidang muzik ini. Pada tahun berikutnya, kumpulan kami telah mengikuti Uji Bakat Rentak Juara yang bertempat di Auditorium P. Ramlee, Kuching. Kumpulan kami menghadapi banyak saingan daripada kumpulan lain. Kami tidak layak untuk menyertai pertandingan tersebut. Sebulan kemudian, Jude @ pemain gitar utama C.N.I.C telah mendapat panggilan daripada syarikat rakaman tempatan, Sombamix yang menawarkan mereka untuk merakamkan album kami. Kami bersetuju untuk merakam album. Dalam masa sebulan kami telah membuat 10 'demo'  lagu kami. Akan tetapi, setelah berfikir masak-masak kami menarik balik persetujuan kami untuk merakam album kerana kami belum bersedia untuk memasarkan lagu-lagu yang kami gubah. Tambahan pula, kami masih lagi bersekolah. Kami takut hal ini akan mengganggu pembelajaran kami. Pada tahun 2008, kami pernah menyertai BOTB yang bertempat di Fun Fair di tempat letak kereta berdepan dengan Dewan Masyarakat Serian. Malangnya, persembahan pada malam itu sangat menghampakan ekoran daripada kesilapan teknikal kami sendiri. Pada tahun berikutnya pula, kami telah menyertai Persembahan 1st GIGS di SMK Serian. Kami membuat persedian selama sebulan untuk memastikan persembahan kami "perfect". Antara lagu yang kami persembahkan pada malam tersebut ialah Cari Pacar Lagi(ST.12), Masih Cinta(Kotak Band) dinyanyikan oleh penyanyi undang kami, Valerie Ionie, Disampingmu(The Devine Master) dan Revolusi(Bunkface). Persembahan kami pada malam tersebut begitu hangat berbanding dengan persembahan kumpulan lain. Kami telah mendapat pujian dari warga SMK Serian. Persembahan tersebut juga telah menaikan lagi standard kumpulan kami. Pada sesi Uji Bakat Rentak Juara pada tahun 2009 pula, kumpulan kami telah mendapat kritikan yang pedas kerana persembahan kami sungguh hambar pada pagi itu. Segala kritikan itu kami jadikan tauladan untuk meneruskan misi sebenar kami. Setahun kemudian, kami telah menyertai BOTB peringkat DUN19 Kedup. Kami membuat persediaan selama sebulan. Kami dapat berlatih bersama hanya pada hujung minggu sahaja kerana ada yang menyambung pelajaran mereka di IPTA. Kami mengenakan tema INDIE pada pakaian kami kerana kami semua meminati gaya INDIE. Pada malam tersebut, persembahan kami sedikit kucar kacir ekoran daripada masalah teknikal pihak penganjur. Amp. gitar utama menghadapi masalah lubang "jack"nya lalu menyebabkan Jude tidak dapat bermain selama satu lagu pilihan. Tanpa berfikir panjang, Jude sendiri telah membuat persambungan kabel gitarnya ke Amp gitar Felix. Persembahan lagu wajib kami sungguh mantap sekali sehinggakan para juri dan para penonton terpegun melihat persembahan kami. Pada malam itu, kami telah mendapat tempat ke-3, membawa balik wang berjumlah RM500.